Dari Abi Dzar ra. berkata bahwa Rasulullah SAW masuk ke rumah Aisyah ra.
dan beliau bersabda, “Wahai Aisyah, maukah kamu kuberikan kabar
gembira? Ayahmu (Abu Bakar Ash-Shiddiq ra.) di surga, temannya adalah
Nabi Ibrahim as. Umar di surga dan temannya adalah Nabi Nuh as., Utsman
di surga dan aku temannya. Ali di surga dan temannya adalah Yahya bin
Zakaria. Thalhah di surga dan temannya Nabi Daud as. Az-zubair di surga
dan temannya Nabi Ismail as. Sa’d bin Abi Waqqash di surga dan temannya
Nabi Sulaiman bin Daud. Said bin Zaid di surga dan temannya Musa bin
Imran. Abdurrahman bin Auf di surga dan temannya Isa bin Maryam. Abu
Ubaidah bin Al-Jarrah di surga dan temannya Idris as. Wahai Aisyah, aku
junjungan para nabi, ayahmu shiddiqin yang paling utama dan kamu adalah
ummul mukminin.”
1. ABU BAKAR ASH-SHIDDIQ
Abu Bakar Ash-Shiddiq Radhiyallahu'anhu (RA) adalah khalifah pertama,
setelah Nabi wafat. Beliau sahabat yang paling dekat dengan Rasulullah,
ke manapun Nabi pergi, beliau selalu menyertainya. Termasuk saat Rasul
dalam perjalanan hijrah dari Mekkah ke Madinah, suatu perjalanan yang
penuh dengan risiko.
Sejak remaja, Abu Bakar telah bersahabat dengan Nabi. Belia juga orang
yang pertama memeluk Islam. Tidak sulit baginya untuk mempercayai ajaran
Islam, kerana beliau tahu betul keagungan ahklak Rasulullah.
Demikian juga saat Nabi menyampaikan peristiwa Isra Mi'raj. Abu Bakarlah
sahabat yang pertama kali membenarkan peristiwa tersebut. Oleh sebab
itu, beliau diberi gelar oleh Rasulullah yakni Ash-Shiddiq ( yang benar,
jujur, dan membenarkan ). Abu Bakar wafat dalam usia 63 tahun ( 13
hijriah ). Beliau dimakamkan di Madinah bersebelahan dengan makam
Rasulullah.
2. 'UMAR BIN KHATTAB
'Umar bin Khattab RA adalah khalifah kedua. Beliau termasuk sahabat yang
sangat dikasihi oleh Nabi. Sebelum masuk Islam, beliau dikenal sebagai
seorang yang gagah perkasa dan sering mabuk. Seluruh penduduk Makkah
merasa takut kepadanya.
'Umar memeluk Islam setelah mendengar surat Thoha yang dibacakan saudara
perempuannya. Dia sangat keras dalam membela agama Allah. Beliau
menjadi salah satu benteng Islam yang mampu menyurutkan perlawanan kaum
Quraisy terhadap diri Nabi dan sahabat.
Saat 'Umar diangkat menjadi khalifah, daerah kekuasaan Islam bertambah.
Kerajaan Persia dan Romawi Timur dapat ditakluk dalam kurun waktu satu
tahun (636-637M). Pemimpin yang sederhana dan peduli pada rakyatnya ini,
wafat setelah dibunuh Abu Lukluk saat hendak memimpin shalat (23 H/644
M). Ia dimakamkan berdekatan dengan Abu Bakar dan Rasulullah.
3. 'USTMAN BIN AFFAN
'Ustman bin Affan RA adalah khalifah Islam ketiga. Pada saat
kepemimpinannya,beliau berhasil mengumpulkan wahyu, dan menyusunnya
dalam bentuk mushaf Al-Qur'an. 'Ustman bin Affan masuk Islam lewat
ajakan Abu Bakar. Beliau mendapat gelaran Dzun Nur 'Ain ( pemilik dua
cahaya ), kerana menikahi dua putri Nabi, Ruqqayah dan Ummu Kultsum.
'Ustman dikenal sebagai saudagar kaya dan dermawan. Beliau selalu
menafkahkan hartanya di jalan Allah. Saat berlakunya peperangan Tabuk,
'Ustman menyumbang lebih daripada 940 ekor unta, kemudian membawa 60
ekor kuda untuk menggenapinya menjadi 1000. 'Ustman wafat pada tahun 35H
atau 655M.
4. 'ALI BIN ABI THALIB:
'Ali bin Abi Thalib RA dilahirkan di Makkah tahun 598 Masehi. Ali adalah
orang yang pertama masuk Islam dari golongan anak-anak. Ali terkenal
orang yang sangat berani, ahli siasat perang, dan cerdas. Pada saat
peristiwa hijrah, 'Ali tidur di atas tempat tidur Nabi. Sehingga, para
tentara Quraisy yang mengepung rumah Nabi, mengira Nabi masih berada di
dalam rumah. 'Ali wafat pada tahun 40 Hijrah, setelah ditikam oleh
Abdurrahman bin Muljam dengan pedang yang beracun setelah shalat shubuh.
Beliau meninggal dalam usia 63
tahun dan memegang jawatan khalifah selama 4 tahun 9 bulan. Beliau di makamkan di Kufah, Irak.
5. THALHAH BIN ADDULLAH
Thalhah bin Abdullah dikenal sebagai salah satu konsultan Rasulullah. Beliau berasal daripada suku Quraisy.
Saat berlakunya perang Uhud, Thalhah telah ikut serta. Dalam peperangan tersebut beliau menderita kerana
luka parah. Dia menjadikan dirinya sebagai sebuah perisai bagi
Rasulullah dan mengalihkan panah yang akan mengenai diri Nabi dengan
tangannya. Sehingga semua jari-jarinya putus. Thalhah wafat pada 36 H
atau 656 M. Beliau syahid ketika mengikuti perang Jamal.
6. ZUBEIR BIN AWWAM
Zubeir bin Awwam termasuk golongan yang pertama masuk Islam (as-sabiqun
al-awwalun). Usianya pada saat itu baru berumur 15 tahun. Pembelaannya
terhadap Islam begitu nyata. Zubeir tidak pernah tertinggal dalam
berbagai pertempuran bersama kaum muslimin. Beliau selalu berada di
barisan hadapan medan peperangan. Sekujur tubuhnya terdapat luka dari
hasil peperangan. Beliau sangat dicintai Rasulullah. Ketika terjadi
perselisihan faham di antara kaum muslimin, Zubeir tidak sedikitpun
memihak yang berseteru. Ia malah berusaha menyatukannya. Zubeir ditikam
ketika sedang menghadap Allah, beliau wafat pada tahun 36H atau 656M.
7. SA'AD BIN ABI WAQQAS
Sa'ad bin Abi Waqqas memeluk Islam saat berusia 17 tahun. Ia sangat
mahir menunggang kuda dan memanah. Jika belia memanah musuh dalam sebuah
peperangan pastilah tepat sasarannya. Hampir seluruh peperangan belia
ikuti.
Saat awal memeluk Islam, ibunya mengancam untuk mogok makan dan minum.
Dengan harapan, Sa'ad kembali ke ajaran nenek moyang. Namun, hampir sang
ibu menemui ajalnya, ancaman itu tetap tidak dihiraukan oleh Sa'ad.
Beliau tidak menjual keyakinannya dengan apapun, sekalipun dengan nyawa
ibunya.
Pada zaman pemerintahan khalifah Umar bin Khatab, Sa'ad diangkat sebagai
panglima tentera. Sa'ad wafat pada usia 70 tahun (55H atau 676M).
Beliau di makamkan di tanah Baqi'
8. SA'ID BIN ZAID
Sa'id adalah di antara sahabat yang beruntung. Dia masuk Islam
bersama-sama isterinya, Fathimah binti al-Khattab, adik perempuan 'Umar
bin Khattab. Sa'id membaktikan segenap daya dan tenaganya untuk
berkhidmat kepada Islam. Ketika memeluk Islam usianya belum genap 20
tahun.
Sa'id turun berperang bersama Rasulullah dalam setiap peperangan. Beliau
juga turut bersama kaum muslimin menjatuhkan dan meruntuhkan
pemerintahan [singasana] Kisra Persia. Sa'id pernah diperintahkan
Rasulullah mengintip aktiviti musuh. Beliau wafat dalam usia 70 tahun
(51H atau 671M) dan di makamkan di Baqi' Madinah.
9.'ABDURRAHMAN BIN 'AUF
'Abdurrahman bin 'Auf termasuk tujuh orang yang pertama masuk Islam.
Beliau termasuk di antara sahabat Nabi yang mempunyai harta melimpah
hasil aktiviti perniagaan. Kejayaannya tidak membuat beliau lupa diri,
sebaliknya beliau selalu menafkahkan hartanya di jalan Allah. Bahkan
saat dia diberitakan Rasulullah bahwa dirinya dijamin masuk surga,
semangat sedekahnya makin membara. Tak kurang dari 40.000 dirham perak,
40.000 dirham emas, 500 kuda perang, dan 1.500 ekor unta beliau
sumbangkan untuk perjuangan Islam. Abdurrahman sempat berhijrah ke
Habsyah sebanyak 2 kali. Beliau wafat pada
umur 72 tahun(32H atau 652M) di Baqi'.
10. ABU 'UBAIDAH BIN JARRAH
Rasulullah pernah memberikan pernyataan tentang Abu 'Ubaidah.
"Sesungguhnya setiap umat mempunyai orang kepercayaan, dan sesungguhnya
kepercayaan umat ini adalah Abu 'Ubaidah," begitu kata Rasulullah. Abu
'Ubaidah orang yang amanah dan jujur dalam berperilaku.
Abu Ubaidah masuk Islam melalui perantara Abu Bakar Ash-Shiddik pada
awal kerasulan nabi Muhammad SAW. Ia beberapa kali dipercaya Rasul
memimpin peperangan. Ia wafat pada tahun 18H atau 639M.
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : Semua umatku akan
masuk surga kecuali yang tidak mau. Para sahabat bertanya, “Wahai
Rasulullah, siapakah orang yang enggan?” Beliau menjawab, Barangsiapa
yang taat kepadaku dia masuk surga dan barang siapa yang melanggar
perintahku dia tidak mau.” (HR. Bukhari)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar